Friday, November 27, 2009

Tureen


Salam Aidil Adha utk semua...hari ini raya korban maka kita kena korban jiwa ..korban harta ..korban apa saja kan..ni salah satu korban gak ni , korban wang ringit demi utk sang tureen ...bagi pucuk di cipta ulam mendatang ..aduhaii bertapa gembiranyaa cik sue akan dapat tureen pelekat ros menjalar aka wild roses ini.. tak pernah ku mimpi nak adakan tureen sebigini rupa ...ok yupppzuppppp kita layan dulu ..salam undur diri ....jom kita tenung dan telek bunga yg melekat pada sang tureenn....

Hobi ku masa kini

Tuesday, November 24, 2009

Pelita ceramik





Selamat sejahtera semua kawan2 alam maya ..hari ini nak tunjuk lak tetamu baru di teratakantik ..sang pelita yang di rembat dari kawan kita Eija ..pada eija terima kasih kesemua 4 pelita selamat sampai dan skg dia org tengah beradu di teratakantik dengan selamat tanpa cacat cela ..pada kawan2 semua jomm kita layannnn ..aduhaii elok bebenar ler skg ni musim terkujuh kalau elektrik padam pasang jeee cik pelita nie heheheh.....ye ke tuu mcm tak caya jee....apapun zommm ek dulu byeee


Hobi ku masa kini

Sunday, November 22, 2009

Pelita bunga VR









Salam petang Ahad buat teman-temanku ..tengah hari tadi tanpa di sangka cik sue terjumpa dengan nannie ..aduss tak sangka dapat jumpa kawan blog yang sama sealiran ..hai nannie salam perkenalan dari k.sue ye.peramah juga ornnya bolehlah kita pakat jumpa ramai2 sambil jeling2 koleksi kawan kan....minggu lepas jumpa k.azzah juga peramah orgnya ... ..

ok baiklah ..sudah sekian lama berehat maka hari cik sue mulakan dgn pelita lah pulak yee..pelita ni akan sampai tak lama lagi dek kerana terlalu suka sesangat cik sue masukkan dalam blog dululah yee... oleh kerana bunganya yang memikat kalbu cik sue sanggup beli walaupun harganya agak mahallah juga ..pada kawan2 ku sekalian jom kita kongsi kecantikan bunga Victoria rose ni yang ada pada pelita ni...zommm kita layannnn
Hobi ku masa kini

Tuesday, November 17, 2009

Rose Menjalar









Selamat petang semua...terlebih dahulu terima kasih pada pengikut2 yang baru serta selamat datang yee..jemutak tengok bunga ni??...kalau tak sila..silakan masuk kita pertontonkan kasi mata kita buat senaman sikit yee ..kata kak nor64 ni rose menjalar ..kata cik mat walid rose tapi apapun mgn cun rose nikan...hemmm ada kojo laa pulak ..hisss time closing dah sampai kita jumpa lagi yeee tata tituuu... layannn.


Hobi ku masa kini

Sunday, November 15, 2009

bekas dodol dan mangkuk lonjong


Kalau di perhatikan bekas ovel ni lain dari yang lain..permukaan yang lonjong dan berbiku ..sesuai utk hidangn berkuah ..


Manakala bahagian bawah yang cik sue tunjuk pada gambar ni..sedikit rucing dan sedikit tinggi dari yang biasa...



Bekas dodol yg rare sangat ..rasanya susah nak dapat ni ..size dia besar dari bekas dodol yg biasa kita jumpa..bentuk dia sgt cantik seperti bentuk daun sirih iaitu lebar di bhg kiri dan kanan serta
merupai juga bentuk love...atau sekali pandang bentuk daun maple ...


Closed up..

Selamat malam . malam ni pula cik sue nak share pemberian hadiah dari sesorang ..seorang yang berpengalaman dalam bidang pingan mangkuk lama nie ..hadiah ni diberi masa cik sue berkunjung kerumah beliau dengan tak di sangka nak dapat hadiah yg cukup cantik..bekas dodol yang sebelum ni cik sue belum ada lagi..kalau ada pun yg biasa seperti collector lain..terima kasih daun keladi ..lain kali bolehlah bagi lagi..ngeh..ngeh......... layann yeee...
Hobi ku masa kini

Saturday, November 14, 2009

AB Roses









Salam petang sabtu semua peminat antik ..semuga rezeki hari ini lebih baik dari sebelumnya...hari ni cik sue nak share pula American Beauty Roses yang cik sue ada ni ciputtt jee ..tapi teruja sangat sehingga meleleh xleh tahan tengok AB ni dalam blog FA tu cantik sungguh tapi apakan daya tangan ini tak mampu nak ku gapai ..bak kata pepatah buah yang tinggi tak mampu ku jolokkan .insyallah kalau ada rezeki satu hari nanti mana tahukan..kan.. ...jadi ni jelah yg cik sue mampu hehehehe.tapi kalau siapa minat cuba pergi risik dgn FA ( Beautiful Pottery ) kot-kot fa boleh tolong ........jom kita makan cempedak goreng layannn yeeee semuga anda tak jemu bila berada di teratakantik zommmm.

Hobi ku masa kini

Thursday, November 12, 2009

Tips Menyimpan Wang


Salam semua peminat dan pengunjung Teratakantik dan selamat datang bloger-bloger baru dan tak lupa juga pada pengikut-pengikut Teratakantik.Pagi ini sambil kita cuci mata , cik sue nak share dgn kawan-kawan semua kalau yang duk intai - intai tu mai masuk . Jgn malu.... jangan segan mari dekat sini yee apa yang cik sue nak share ni berguna pada kita semua terutama melatih diri kita menjadi penyimpan yg berjaya ..termasuklah cik sue

Setelah mendengar taklimat dan motivasi kewangan maka hari ini cik sue suka nak share lah sikit yee ..yelah kalau kawan2 nak pergi belajar ..boleh ...banyak kat luar tu ..tapi kena bayar ribuan ringit utk mendapatkan ilmu..jadi kita share sama2 jimat duit tukan ...cik sue dapat nipun free ..duit company ngeh..ngeh...jadi tak salah share hehehehe..tapi kalau nak tahu jugak lebih mendalam kenalah belajar heheheh cik sue bagitahu yg penting jee .

Tips menyimpan wang ..adehhh ada logiknya ni ...apa kata kita mulakan dengan langkah ini:-
Semua org berkerjakan? kalau tak kerjapun mesti berniaga kan??..income bulanan kitatu, kita agihkan bergini :-mesouch mari sini tengok ni hari Ahad ni odah bagi tahu ..

10% = FFA
( Financial Foundation Accounts ni kita simpan utk invesment- ASB)
10% = LTS
( Long Term Saving contohnya Tabung Haji )
10%= EDU
( Simpan utk anank2 contohnya Eduction Plan)
10% = PLAY-PLAY
( ini simpan utk kita pergi berjalan2 makan angin contoh CIMB)
55%= NECS BILL
(Bayar rumah,bil air,api dll...akaun gaji)
5% = SEDEKAH
( Yang ini mesti seupaya hidup kita lebih berkat)

Penceramah tu kata lagi insyallah kalau kita amalkan ini, hidup kita tak akan berhutang dan kita senangtiasa ada duit...insyallah ..aduhaii sekurang-kurangnya kena ada 5 akaun bank .

Kalau kita nak pergi makan angin kita gunalah akaun yg kita simpan kat CIMB tue kan khas tuk play2 gunalah yg itu...setiap 3 @ 6 bulan pergi bercuti untuk release tension dan penat kerja ..yang ni logik sebabnya kawan cik sue dah buat dah....

.selamat mencuba ..sikbaik ku dah buat sebelum ini ..taklah rasa menyesal dek kelambatan ...byeeee.

Hobi ku masa kini

Wednesday, November 11, 2009

Cuci Mata Lagi



Selamat pagi semua kawan , semuga hari ini lebih baik dari semalam semuga kita di beri kekuatan dan kesihatan . Skg cik sue tengok kawan-kawan kita ni macam tak berapa nak aktif jee..nape ye..napa dan mengapa??..jom laa kawan kita wujudkan suasana yang ceria di kalangan kita..jangan ada iri hati dan hasad dengki ..kalau ada perasaan tersebut, silalah lontar jauh-jauh ke laut dalam atau ke lautan pasifik ...oklah pada semua kawan2 ..abg,kakak, adik , tak kira anda minat antik ke tak apa kata sama-sama kita cuci mata dgn bunga-bunga yg segar ni .zoammmmmmm .

Hobi ku masa kini

Monday, November 9, 2009

Rose Senipis Kulit Telor


Mari rapat-rapat . kalau dah rapat kita mesrakan....kalu yang jauh tu apa kata kita erat-eratkan silatulrahim ..Salam sejahtera semua yg mengikuti blog cik sue..dah makan malam ke? kalau sudah bagus lah yee..tak elok makan malam-malam begini tau ..nanti berat badan bertambah ..apa kata malam ini kita kongsi pula cawan bunga rose pink lembut ni yee...cik sue rasa kawan2 semua sudah tahu kan sebabnya dalam blog mama heritage ada jual nikan....Bunga ni mgn cantik sesangat, kalau ada yg berkenan cubalah risik2 mama tu , mana tahu kot2 ada rezeki boleh bawa balik letak kat rumah...lagi satu cawan ni lain dari yang lain iaitu tersangatlah nipis dan ringan ..jomlah kita layann ...
Hobi ku masa kini

Saturday, November 7, 2009

Tureen



ini pula set tureen dan keluarga dia yg tak seberapa adanya..tergoda dengan kecantikan dan kehalusan terus beli dua ..satu kecil dan satu besar




Bunga pada tutup masih jelas kelihatan menawan ..bentuk tureen ni sedikit lonjong.cik sue rasa semua kawan-kawan antik laling yatt..laling welly...laling kak nor64 ..kita semuanya sudah ada cik sue baru nak kuar tak terkejar dibuatnya ngehh..ngehhh




Yang ni tureen kecil ..aduhaiii utk tomyam dua orang kira ngamlaa niee ....




Selamat pagi .apa khabar semua.?? harap sihat hendaknya..kalau rasa tak berapa sihat tu cepat2 makan ubat .ok pagi ni cik sue nak gaklah kongsi kaum krabat rose tiga tangkai ni..semuanya dapat dari kawan2 yang berniaga dia alam maya dan juga di carboat sales.jom kita layannnn


Hobi ku masa kini

Friday, November 6, 2009

Cuci Mata



Salam dan selamat pagi kawan2 alam maya ku ...mari adik ..mari kakak mari abang kita rehat dulu badan yg sudah kepenatan tu apa kata kita kasi vitami pada mata kita utk melihat keindah seni pada brg2 lama ini...jeng..jeng tirai dibuka utk di pertontonkan..chewah...nak jd MC laa pulak tapi tak menjadi .....hari ni cik sue nak tunjuk segmen cuci mata ngeh..ngehhhh....pada yg suke tureen tuu tengok puas dgn kecantikan bunga ini dan jangan meleleh udah yee...
byeeeeee

Hobi ku masa kini

Thursday, November 5, 2009

EG



yang ini pula pemberian hadiah dari koletor barang antik yang sudah sememangnya telah dikenali ramai ....jeng..jeng...biarlah rahsia kekeke...




ini pula bungkusan dalam kotak tu...hai bertambah lagii pelita cik suee nieee....siap kau nanti cik sue make up cantik2 nanti kasi munge-munge kat badan dia tu tak lah nampk plain jee,,,,,,terima kasih daun keladi lain kali kita adakan lagi..byeeee


nak tahu ? ekk..ok inilah dia benda yg ada dalam bungkusan tuu..suka ni ..sebelum ni belum ada lagi ..kira bertuahlah dapat bunga ni kalau beli mahal gak ni...


Salam buat semua insan di alam maya..terlebih dahulu sory mummy.... cik sue ambik gambar ni yeee.....amboiii..amboiii bukan main lagi mummy za ni yee...siap kasi klue lagii tuuu nak tahu siapa kah org itu ekkk......inilah dia orgnya jeng..jenggg ...cik sue dapat EG dari mummy ..aduhaiii macam org mengatuk di sorong bantal laa pulak ...suka tau..mummy terima kasih yee dapat dua lagi tuu ....mgnlah i suke youuuu.....pada geng mak limah wa cayang sama u ols semuaa semuga ikatan ini berkekalan selamanya tanpa ada prasan duri dalam diri ...muahhhh...
Hobi ku masa kini

Tuesday, November 3, 2009

Jambangan roses












Selamat malam semua kawan2 dan sahabat handai ...bertemu kita kembali di malam yg dingin ...nape tuu.. hujan lebat laa kat sini .... ni cik sue nak tunjuk himpunan roses lagii ..hehehe pada kawan ku semua kalau u ols tengok teratakantik ni kan sudah sememangnya bnyk roses.. mgn cik sue ni suka sgt dgn rose.. tak kiralah warna apa skali pun..asalkan roses..heemmm ada yg pangey rose kelabu..rose kucup..rose kembang tapi kali ni cik sue nak pangey dia jambangan roses 2 kutum ....mgn lawa sgt warna dia....bila berkumpul ramai2 tu nampak dgn jelaslah kegembiran dan kemeriahan set nikan..jom kawan2 kita laynnn dgn hati riang mcm rose ni ngeh..ngehhhh
Hobi ku masa kini

Monday, November 2, 2009

Koleksi Tin N The Geng


Salam dan selamat pagi isnin semua kolektor dan geng-geng decor ...selamat dtg visitor2 dan pengikut setia ..salam hormat dari cik sue...

Berehat sekejap dari PM ( Pinggan Mangkuk) apa kata cik sue nak tunjuk pula koleksi Tin N The Geng yang tak seberapa buat masa ini..Pada geng2 kalau ada tin2 yg comel2 dan tak nak tu...bak mari sini ek...pada geng2 semua zommmm kita layannn..tata ..titu ....
Hobi ku masa kini