Monday, November 22, 2010

Lenggan ala Lenggan Kangkung




Salam, khas untuk peminat kangkung apa kata kita cuci mata dgn set cik kangkung lak…

Hobi ku masa kini

Saturday, November 20, 2010

Sales



diantara yang mendapat sambutan hangat
ukuran 3' x 5'
sesuai buat alas tempat sembahyang



carpet bermotif bunga juga mendapat tempat dihati peminat hehehe
ukuran 3' x 5'
harga : RM 110.00


cadar yang cun melecun dijual dgn harga yang berpatutan ... untuk ketahui selanjut sila email pada saya zeeda07@yahoo.com.my ...pada adik2 yang nak kahwin tu elok ler beli selesa jee mgn puas hati dan berbaloiii

jenis 100% cotton
size : 230x 250
sesiapa yg berminat sila sms saya
Cash RM 280.00 ( Kualiti bagus)
Asuran : RM 300.00
untuk pengetahuan semua barangan dari china dijangka akan naik sehingga 50% dalam masa yang terdekat terutama perniagaan jenis kain seperti cadar ..sarung bantal ...carpet dan sebagainya ...





cun melecun troli ...cantik pada peminat english apa lagi jom kita layannnnn
sesiapa yg berminat sila sms saya

Cash : RM 850.00
@ Ansuran: RM 3X

a

yang ini pula meja pendek juga untuk di jual ...harga dia boleh tahan tapi jgn risau , jika tidak berkemampuan anda boleh buat ansuran ..jom layannn

Cash : RM 1300.00
@ Ansuran: RM 4X



yang ini pun sama ada suka kee...jom kita layannn

Cash : RM 1100.00
@ Ansuran: 4X

salam satu malaysia ..rumah ku dari antik sudah berpindah ke English look maaa....ok ..pada mereka yang berminat boleh hubungi saya .byeee.layannnn
Hobi ku masa kini

Wednesday, November 17, 2010

Bilik Rehat






Salam dan selamat menyambut aidil adha tuk semua..hari ini nak share pula dgn geng deco dan yang terutama pada kak ku cayang yang nak tengok almari yg comel ni...almari ni dah lama di beli namun diatas permintaan kakak yg nak tengok munge almari dan juga patern alamri yang menjadi kesukaan ramai maka cik sue tunjuk jelah..harap sukalah yee .....dan mana laa tahu kot-kot nak belikan..kan.....ok color dia cream ye..jom kita layan bilik beradu yg tak seberapa ni .........
Hobi ku masa kini

Thursday, November 11, 2010

Hiasan Bawah Tangga


Pada peminat English layan jelah hiasan bawah tangga yang baru diubahsuai ..warna cream adalah warna kegemaran tapi dek kerana susah nak cari warna cream maka putis ler jadi godaaaa ...cubaaaannnn ....heeee..


ini pula khas peminat antik sila...sila..silalah telek ..belek dan selak mana tahu kan...kan ..leh beli dengan kawan2 kita yang berniaga di alam maya ni kan ....


salam, hari ini cik sue nak share pula isi perut yang ada kat bawah tangga ..Ra gambar atas ni hasil beli dari ebay kumpul sikit2 lama2 dah jadi bukit untuk set ini cukuplah apa yang ada je lagipun dah angkat hand break kalau di kira2 dgnharga yang di beli rasanya dah boleh buat pergi haji dah ni ..pada kawan2 peminat bunga ni apakata kita sama2 layannnn
Hobi ku masa kini

Tuesday, November 9, 2010

Set bunga 5 roses




Salam ..hari ni cik sue nak share dgn kawan2 kat luar sana yg juga peminat brg lama agar kawan2 dan teman2 bersemangat mengumpul disampingitu kita boleh mengimbau kisah zaman kanak2 supaya segar dalam ingat ..kalau cik sue set bunga kangkunglah menjadi iguan masa kecil dahulu makan bersila diatas lantai rasa macam nak undur balik tapi apakan daya zaman sudah berubah kan..kan ...pada peminat bunga rose ini selamat manjamu mata hehehehe samapi jumpa lagi ...
Hobi ku masa kini

Monday, November 8, 2010

Item for sales


Set A. untuk di jual RM 130.00 ( ros hijau kehitaman dan juga kelabu ) tidak termasuk kos pos
( SOLD )




Salam semua..cik sue nak letgo extra set dengan harga RM 200.00 pada sesiapa yang betul-betul berminat boleh sms ye ... ( dalam keadaan baik dan tiada retak )
(BOOKED)
Hobi ku masa kini

Thursday, November 4, 2010

BEKAM



Yang ni pula ketulan yang dikatakan darah kotor ...


ini masa buat kat belakang atas bahu ..tengok tu darah dah jadi macam jeli ....menunjukkan bdn tak sihat

Salam,
Lama sungguh menyepi dari blog ni...akhir2 badan rasa sakit2 laa..lengoh2 ..berat badan laa..pendek kata macam2 la kalau nak cerita pasal bahasa badan ni terlalu rumit untuk di ceritakan ..ringkasanya, semalam cik sue buat Bekam ikut sunah Nabi kita ...maka cik sue buat leee kat atas bahu yg selama ni asik duk sakit bak kata org berpunca dari stress menyebabkan urat menajdi tegang ...

ok bila cik sue dah buat ni semua bahu dan badan terasa ringgan sesangat ...pada kawan2 yang inggin mahu mencuba cik sue boleh tunjukkan baknya kawan cik sue ni ada buat bekam dan bayarannya pun murah ....tapi anda semua kena tahan sakit le ..sakit tu tak laa kuat sangat mcm semut gigit je tapi suntikkan kat badan kita yang mungkin 30 jarum 150 jarum tu yang kena sabar sikittt janji hilang penyakit....lagi satu seelok-eloknya beli peralatan bekam sendiri supaya kita tak bertukar jarum dan bekas utk mengelakan dari bercampur dgn org lain...

Mari kita berkongsi Kebaikkan Berbekam Seperti dibawah .
  • Membantu menghilangkan pening dan migrain.
  • Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan .
  • Membantu memecahkan lemak,.
  • Membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki.
  • Membantu mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar.
  • Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah yang tersumbat.
  • Membantu meringankan tubuh. Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.
Hemmmm pendek kata banyak lagi laa boleh menyembuh penyakit seperti penyakit darah tinggi..

Di dalam kitab At-TibbunNabawiy oleh Imam Ibnu Qayyum Al-Jauziyah ada menukilkan satu Hadist Nabi S.A.W yang Mafhumnya:


خير ما تدا ؤيتم به الحجا مه

"Sebaik-baik pengubatan yang kamu gunakan adalah dengan berbekam" (Riwayat Bukhari & Muslim)



Hobi ku masa kini