Thursday, November 4, 2010

BEKAM



Yang ni pula ketulan yang dikatakan darah kotor ...


ini masa buat kat belakang atas bahu ..tengok tu darah dah jadi macam jeli ....menunjukkan bdn tak sihat

Salam,
Lama sungguh menyepi dari blog ni...akhir2 badan rasa sakit2 laa..lengoh2 ..berat badan laa..pendek kata macam2 la kalau nak cerita pasal bahasa badan ni terlalu rumit untuk di ceritakan ..ringkasanya, semalam cik sue buat Bekam ikut sunah Nabi kita ...maka cik sue buat leee kat atas bahu yg selama ni asik duk sakit bak kata org berpunca dari stress menyebabkan urat menajdi tegang ...

ok bila cik sue dah buat ni semua bahu dan badan terasa ringgan sesangat ...pada kawan2 yang inggin mahu mencuba cik sue boleh tunjukkan baknya kawan cik sue ni ada buat bekam dan bayarannya pun murah ....tapi anda semua kena tahan sakit le ..sakit tu tak laa kuat sangat mcm semut gigit je tapi suntikkan kat badan kita yang mungkin 30 jarum 150 jarum tu yang kena sabar sikittt janji hilang penyakit....lagi satu seelok-eloknya beli peralatan bekam sendiri supaya kita tak bertukar jarum dan bekas utk mengelakan dari bercampur dgn org lain...

Mari kita berkongsi Kebaikkan Berbekam Seperti dibawah .
  • Membantu menghilangkan pening dan migrain.
  • Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan .
  • Membantu memecahkan lemak,.
  • Membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki.
  • Membantu mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar.
  • Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah yang tersumbat.
  • Membantu meringankan tubuh. Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.
Hemmmm pendek kata banyak lagi laa boleh menyembuh penyakit seperti penyakit darah tinggi..

Di dalam kitab At-TibbunNabawiy oleh Imam Ibnu Qayyum Al-Jauziyah ada menukilkan satu Hadist Nabi S.A.W yang Mafhumnya:


خير ما تدا ؤيتم به الحجا مه

"Sebaik-baik pengubatan yang kamu gunakan adalah dengan berbekam" (Riwayat Bukhari & Muslim)



Hobi ku masa kini

No comments: