Thursday, December 16, 2010

Teapot Idaman






Salam dipagi yg indah ini...hehehe mgn indahpun kan dah dapat idaman hati ni...2 bulan ambil masa nak sampai ke tangan cik sue ..dan sekarang ni tungu dia punya cawan n the geng pulak hehehe...pada kawan2 yang minat bunga ni jom kita saksikan kecantikan susunan bunga pada teapot ni yee ...sukanyaa tengok bentuk dia nikan lain dari yg dah ada ..apapun layann

Hobi ku masa kini

Wednesday, December 8, 2010

oh Mawarku



salam....lama meyepi dari blog hehehe..sibuk nak uruskan adik ipar nak kahwin almaklumlah kakak iparnya suka2 bak-bak mengubah bunga jadi emak mertua memberi tugas untuk menghias pelamin dan juga gubahan adusss mati wa mcm ni tugas berat ni bukan apa takutt tak menjadi dan tak mengikut kehendak pengantin ...apapun gubahan n pelamin tetap cik sue pilih konsep english ...pada kawan2 jom kita layan gubahan si mawar ini ..byee tata..titu sampai kita jumpa lagiii


Hobi ku masa kini

Monday, November 22, 2010

Lenggan ala Lenggan Kangkung




Salam, khas untuk peminat kangkung apa kata kita cuci mata dgn set cik kangkung lak…

Hobi ku masa kini

Saturday, November 20, 2010

Sales



diantara yang mendapat sambutan hangat
ukuran 3' x 5'
sesuai buat alas tempat sembahyang



carpet bermotif bunga juga mendapat tempat dihati peminat hehehe
ukuran 3' x 5'
harga : RM 110.00


cadar yang cun melecun dijual dgn harga yang berpatutan ... untuk ketahui selanjut sila email pada saya zeeda07@yahoo.com.my ...pada adik2 yang nak kahwin tu elok ler beli selesa jee mgn puas hati dan berbaloiii

jenis 100% cotton
size : 230x 250
sesiapa yg berminat sila sms saya
Cash RM 280.00 ( Kualiti bagus)
Asuran : RM 300.00
untuk pengetahuan semua barangan dari china dijangka akan naik sehingga 50% dalam masa yang terdekat terutama perniagaan jenis kain seperti cadar ..sarung bantal ...carpet dan sebagainya ...





cun melecun troli ...cantik pada peminat english apa lagi jom kita layannnnn
sesiapa yg berminat sila sms saya

Cash : RM 850.00
@ Ansuran: RM 3X

a

yang ini pula meja pendek juga untuk di jual ...harga dia boleh tahan tapi jgn risau , jika tidak berkemampuan anda boleh buat ansuran ..jom layannn

Cash : RM 1300.00
@ Ansuran: RM 4X



yang ini pun sama ada suka kee...jom kita layannn

Cash : RM 1100.00
@ Ansuran: 4X

salam satu malaysia ..rumah ku dari antik sudah berpindah ke English look maaa....ok ..pada mereka yang berminat boleh hubungi saya .byeee.layannnn
Hobi ku masa kini

Wednesday, November 17, 2010

Bilik Rehat






Salam dan selamat menyambut aidil adha tuk semua..hari ini nak share pula dgn geng deco dan yang terutama pada kak ku cayang yang nak tengok almari yg comel ni...almari ni dah lama di beli namun diatas permintaan kakak yg nak tengok munge almari dan juga patern alamri yang menjadi kesukaan ramai maka cik sue tunjuk jelah..harap sukalah yee .....dan mana laa tahu kot-kot nak belikan..kan.....ok color dia cream ye..jom kita layan bilik beradu yg tak seberapa ni .........
Hobi ku masa kini

Thursday, November 11, 2010

Hiasan Bawah Tangga


Pada peminat English layan jelah hiasan bawah tangga yang baru diubahsuai ..warna cream adalah warna kegemaran tapi dek kerana susah nak cari warna cream maka putis ler jadi godaaaa ...cubaaaannnn ....heeee..


ini pula khas peminat antik sila...sila..silalah telek ..belek dan selak mana tahu kan...kan ..leh beli dengan kawan2 kita yang berniaga di alam maya ni kan ....


salam, hari ini cik sue nak share pula isi perut yang ada kat bawah tangga ..Ra gambar atas ni hasil beli dari ebay kumpul sikit2 lama2 dah jadi bukit untuk set ini cukuplah apa yang ada je lagipun dah angkat hand break kalau di kira2 dgnharga yang di beli rasanya dah boleh buat pergi haji dah ni ..pada kawan2 peminat bunga ni apakata kita sama2 layannnn
Hobi ku masa kini

Tuesday, November 9, 2010

Set bunga 5 roses




Salam ..hari ni cik sue nak share dgn kawan2 kat luar sana yg juga peminat brg lama agar kawan2 dan teman2 bersemangat mengumpul disampingitu kita boleh mengimbau kisah zaman kanak2 supaya segar dalam ingat ..kalau cik sue set bunga kangkunglah menjadi iguan masa kecil dahulu makan bersila diatas lantai rasa macam nak undur balik tapi apakan daya zaman sudah berubah kan..kan ...pada peminat bunga rose ini selamat manjamu mata hehehehe samapi jumpa lagi ...
Hobi ku masa kini

Monday, November 8, 2010

Item for sales


Set A. untuk di jual RM 130.00 ( ros hijau kehitaman dan juga kelabu ) tidak termasuk kos pos
( SOLD )




Salam semua..cik sue nak letgo extra set dengan harga RM 200.00 pada sesiapa yang betul-betul berminat boleh sms ye ... ( dalam keadaan baik dan tiada retak )
(BOOKED)
Hobi ku masa kini

Thursday, November 4, 2010

BEKAM



Yang ni pula ketulan yang dikatakan darah kotor ...


ini masa buat kat belakang atas bahu ..tengok tu darah dah jadi macam jeli ....menunjukkan bdn tak sihat

Salam,
Lama sungguh menyepi dari blog ni...akhir2 badan rasa sakit2 laa..lengoh2 ..berat badan laa..pendek kata macam2 la kalau nak cerita pasal bahasa badan ni terlalu rumit untuk di ceritakan ..ringkasanya, semalam cik sue buat Bekam ikut sunah Nabi kita ...maka cik sue buat leee kat atas bahu yg selama ni asik duk sakit bak kata org berpunca dari stress menyebabkan urat menajdi tegang ...

ok bila cik sue dah buat ni semua bahu dan badan terasa ringgan sesangat ...pada kawan2 yang inggin mahu mencuba cik sue boleh tunjukkan baknya kawan cik sue ni ada buat bekam dan bayarannya pun murah ....tapi anda semua kena tahan sakit le ..sakit tu tak laa kuat sangat mcm semut gigit je tapi suntikkan kat badan kita yang mungkin 30 jarum 150 jarum tu yang kena sabar sikittt janji hilang penyakit....lagi satu seelok-eloknya beli peralatan bekam sendiri supaya kita tak bertukar jarum dan bekas utk mengelakan dari bercampur dgn org lain...

Mari kita berkongsi Kebaikkan Berbekam Seperti dibawah .
  • Membantu menghilangkan pening dan migrain.
  • Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan .
  • Membantu memecahkan lemak,.
  • Membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki.
  • Membantu mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar.
  • Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah yang tersumbat.
  • Membantu meringankan tubuh. Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.
Hemmmm pendek kata banyak lagi laa boleh menyembuh penyakit seperti penyakit darah tinggi..

Di dalam kitab At-TibbunNabawiy oleh Imam Ibnu Qayyum Al-Jauziyah ada menukilkan satu Hadist Nabi S.A.W yang Mafhumnya:


خير ما تدا ؤيتم به الحجا مه

"Sebaik-baik pengubatan yang kamu gunakan adalah dengan berbekam" (Riwayat Bukhari & Muslim)



Hobi ku masa kini

Sunday, October 17, 2010

Troly lama berwajah baru





salam ... nak share lak salah satu troly antik ni cik su jadikan rumah bunga kul 10 ..nak tahu ni troly buruk di cat color cream jadilah cun melecun..pada kawan yg kat luar sana tu kalau ada toly ni jgn di buang bak mari sini nak modifiasikan ke arah hengishhhh heheheheh

Hobi ku masa kini

Tuesday, October 12, 2010

RK



Salam buat semua collector n peminat antique ...koleksi cik sue yg terbaru dan yang terakhir bagi tahun 2010 ..rasanya cukuplah sudah penutup tahun 2010 dengan koleksi RK yang hanya bersadarkan tea set untuk 4 orang .....koleksi yg terakhir sebelum menarik hand break sempat juga merembat RK ... tergoda dek keayuan si roses yg tampak begitu segar mata memandang ....berbaloi beli set ni yg nyata keluaran RK ni teamatlah ringan tapi kalau di buat tea tarik heemmmm tak ada beza yang pasti airnya tetap rasa sama seperti dalam cawan zaman 60 an jee kekekkeke

jom pada peminat RK kita layannnnn
Hobi ku masa kini

AB Cun tu




Hari nak cik sue kongsi lak set AB yg ada kat umah dalam set yang lengkap untuk 6 orang makan..hehehhe biasa minum dalam pingan mangkuk yg biasa made in china tapi kali terasa lain lak...lain apa tuuu alaa terasa ringan jee sikit dari yg biasa tu sedikit berat ,....jom ler kita belek sana belek sini lawa sgt ke ekkk..jom layannn

Hobi ku masa kini

Friday, October 1, 2010

Hijau Paragon


salam buat semua..hari ini nak share pula set hijau yg d beli dari Mona uk manakala tureen tu cik beli mcm biasalah kat alam maya ....warna hijau ni salah satu kesukan cik sue juga ler ..lak..lak tu color yg begitu lembuttt vs with rose ..pada sesiapa peminat hijau jomm layannn

Hobi ku masa kini

Thursday, September 30, 2010

Raya bersama Kawan Opis



Salam ...sempena bulan Raya ni cik sue nak ucapkan selamat menyambut syawal pada semua blogger ..mejak 2 mejak ni mgn sibuk hinggakan nak snap gambar antique2 pun langsung tak berpeluang ..lepas ni cik sue akan aktif macam biasa.almaklumlah bibit dah tak ada , rasanya hampir 2 bulan sudah boleh suaikan diri dgn pembahagian masa kerja dan juga rumahtangga ..lepas ni boleh aktif bergambar mcm biasa hehehehe

Kenangan OPEN Office pada 29.09.2010 semuanya cun-cun belaka hehehe zommm layannn


Hobi ku masa kini

Thursday, August 19, 2010

Almari Lama berwajah Baruuuuuuuu ala..ala zaman colonel ni heheee




Salam Ramdhan semua sahabat handai ...hari ni cik sue nak tunjuk ler almari make up yang sekian lama dok impinkan akhir sekalai udah menjadi kenyataan setelah mencari sampai ke pelusok melaka heheheee.warna yang asal lemari ni is warna kayu jati or antique color tapi dek kerana bilik tidur semua warna off white so, cik sue suruh apek tukar cat ke white bali dek kerana off white tarak ..design zaman dahulu ni memang lawa pendek kata ikut selera org mcm cik sue ler iaitu mempunyai rak bertingkat supaya sng nak simpan atau letak peralatan make up ..pada kawan2 semua jom layannn lermari yg bertukar wajah ni tapi lum di make over lagi nak lukis n make up sdekit kasi nampak timbut kerawangnya tuuu...apa akan jadi dgn lemari lama ni kita sama2 tunguuuuu kemuculan selanjut ..byeee tata titu ....jumpa lagi...
Hobi ku masa kini

Wednesday, August 4, 2010

4 Segi geng roses




salammm ...heheheehe slow..melow...udah engak kepingin lagi nak update my blog nie weiii ...ulat malas n masa tak cukup nak ngedap pc lak.lak tue pc kat rumah kong kalikong tunggu masa nak kena humbang kat sungai klang kee..sungai gombak keee...apapun pada geng-geng antik jom kita layan kaum body temban ni yg dah makin beranak pinak..layannnn

Hobi ku masa kini

Thursday, July 29, 2010

Pelita Kurus Kering




salammm semua..hari ni nak share pulak ler pelita lama berkaki genting berpinggan ramping dgn warna yang cantik hitam tapuk mangis gitu .....tergoda dgn warna yg agak berlain dari yang biasa...pada kawan-kawan ku semua jom kita layann
Hobi ku masa kini

Monday, July 26, 2010

alamak!!! kecuttttt



salam, sini pula cik sue nak tunjuk gambar yang kita orang tangkap pada waktu malam dan inilah hasilnya ...yang duk menupang ditengah-tengah kita orang dan yg bergayut diatas pokok lampu buah limau yang pada dasarnya tempattu terang berderang seperti yang saudari saudara dapat perhatikan pada sebelah kanan .. Betullah apa yg anak ayu ckpkan mama ada benda hitam kat tengah tu...tapi kita orang tak persan malah kita org ckp ehh cepat laa tangkap gambar ..lambatnya... so, layanlah dgh hasil nukilan dari anak ayu nie yeee...pada kawan2 semua dah ramai yang pergi ke sana cakap dpt ambil gambar lembaga dan hari ini pula kawan cik sue tujuk lembaga warna putih berdiri di belakang di tempat yang sama iaitu ICT dari jarak jauh ler....zommm kita layannnn
Hobi ku masa kini

Monday, July 12, 2010

Trio ku


salam, minggu ini baru ler boleh sapu sawan , kemas .. dan update blog setelah hampir 11 hari badan rasa panas ..tak sihat dan yang teruk sekali sakit tekak dan batk2 sehinggakan suara pun tak keluar ..pada kawan yg call minta maaf sura cik sue kurang jelas serta batuk - batuk...hari ini baru rasa lega setelah habis minum penawar ubat batuk 3 botol, stroche 1 kotak dan Propolis Lozenges 1 botol baru ler rasa lega ...ok hari ni kita share pula set Trio yang ada kat umah cik sue ..tak banyak ler tapi tak apa janji ada penambat mata ....

pada geng semua jom kita laynnn sikit......
Hobi ku masa kini

Wednesday, June 30, 2010

Tag Dari Yatt


1) Link kepada orang yang bagi award ni.
http://yattbzgg.blogspot.com
Terima Tag dari adik laling yatt ....thanks lalinggg sudi bagi award ni ....

2) Nyatakan sebab musabab anda minat kaler pink
Mencerminkan jiwa yang lembut...tenang dan yang penting warnaya yang sangat menyerikan terutama dalam hiasan.

3) Sejak bila suka dengan kaler pink?
sejak melahirkan anak perempuan yang pertama ...pabila BB ku di pandankan dgn warna pink tersangat cutenya terus buat hati ini jatuh cinta n cairrr......

4) Nyatakan 5 barang yang paling anda sayang yang kaler nya pink?
heheheh sudah semestinya pinggan mangkuk antik
dan yang kedua utama ialah pakaian anak perempuan kebanyakan warna lembut dgn rona pink


5) Snap gambar anda dengan salah satu barang kaler pink
eeeee dan banyak dah warna pink kat teratakantik nii...so tak yah laaa yeeee ..layan jee kat dalam sini heheee

6) Tag 5 kawan anda yang minat kaler Pink
hehehe ramai..ramai tak terlist looiiiiii
Hobi ku masa kini

Tuesday, June 29, 2010

Tureen







salam sahabat semua ..apa khabar ...harap semuanyaa berjalan dgn lancar...blogsshow hari ni lak pasal tureen ..masih dalam keadaan yg cun melecun lagii tapi cik sue dah tak tahu nak pangil bunga apa dah nii..sebabnyaa rose ni bnyk jenis terlalu banykkkk patern ..jadi pada kawan2 semua jom kita layann ..aduhaii makin branak pinak lak si tureen ni ..sambil tak nak sik duk jumpa jee..sik dtg jee...nak tolak tak sampai hati ..last bawa balik utk tatapan sampaikan kakak ipar datang rumah siap soundddd " jgn duk tidur dalam pinggan mangkuk gak weiii " simpan duit tuuu ..jgn duk bazirr ..hee cik sue tahu lerr mana bahagian saving....mana bahagian enjoy..mana bahagian penjagaan diri...anak...tapi yg bestnya tu apa yg kita ada dia pun nak ikutttt kuang..kuangggg jom layannnnn

Hobi ku masa kini

Saturday, June 26, 2010

Paku Pakis redupkan mataaa


haaaaa ni dia yg cik sue belaaaa kekeke nak tahu dah setahun duk mcm ini jeeeee hidup segan mati tak mauuu...kalau jual kpd cik abang sure membiakkk nihhhh....





tanduk rusa ini juga di atas nama cik abang supaya dia bela agar hidup suburr ..kalu cik sue yg bela mahunyaaa huhuaaaa ..pokok ni berharga dan susah nak dapattt wooo...cuba pergi tengok kat sungai buluh harga ratusan ringgit .....



salam dihujung minggu..ni nak ceriter sikit ..suka..suka sgt tengok pokok yg menghijau di luar rumah rasa nyaman..segar ...relex dan tenang serta sejuk mata memandang ....bunga ni cik abang yang bela cik sue letak atas nama cik abang supaya cepat membiak..asalnya pakis ni kecil jee..tapi setelah cik abang bela dan jaga fuhhh rimbun dan hasilnya sudah beranak pinak dan membiak dan kini sudah mempunyai 3 org anak n pisahkan dlm 3 bekas ..subur tauu .... pada peminat hijau jomm layannn
Hobi ku masa kini

Thursday, June 24, 2010

Teko Kotak




salam ceria satu malaya...cuaca hari ini sejuk n mendung lerr..buat mata ini lagi mengatuk ...alhamdullah minggu ini masih lagi berpuasa sempena menyambut bulan Rejab yang mulia .. sebut bulan rejab nikan bagus tau kalau kita nak semai benih padi ke..... nak tanam tembikai kee or apa-apa aja laaa......bulan yang penuh dengan kesuburan .teringat cik sue masa kecil2 dulu arwah mak suka bertani ..kalau nak semai benih ke..nak tanam tembikai ke mesti tungu bulan Rejab katanya hasilnya menjadi ...mgn betul pun kalau kita orang masa kecil dulu puasla makan buah-buahan dan sayur- sayuran yang di tanam oleh arwah mak ni...kenyangg youu....apa pun pada collector2 semua apa kata kita layan teko kotak ni pulak ..tata..titu....

Hobi ku masa kini