Saturday, May 30, 2009

Bekas habuk rokok

Atas permintaan adik comel Tasha maka keluarlah benda yg susahnyaa nak dpt nieeee...Walaupun suami aku tak hisap rokok tapi benda ni mesti ada di setiap rumah khas utk tetamu yg dtg kemari...bekas habuk roko bunga kangkung ni mgn laaa tersgt susahnya nak dapat..kalau dptpun mgn rezekilah tuu....masih baru lagii maksud aku tak pnh guna la..hanya utk display jee..tapi ada kebenarannya juga. di bahagian dalammnya masih berseri..seri uuuuuuuuu ...

Friday, May 29, 2009

Mesin Jahit

Selamat pagi ...
Sebut pasal mesin jahit semua org kenal ..mustahil tak kenalkan?..terutama kakak2 yg ada seni dalam bab2 jahit menjahit nie mesti tahu punyeee ...dulu arwah mak ada mesin jahit ni tapi sayang duk kat umah abang ..dari aku duk berebut baik aku beli jelahh habis cerita..

Inilah rupa mesin jahit keluaran yg pertama dari syarikat singer ...pada kak ani, terima kasih ehhh atas pertanyaan tuu...jomm kita layan si gelap aku nie,..

Ukuran Mesin Jahit
Panjang :mesin jahit : 21'
Lebar Cermin : 13'
Panjang Cermin : 33'...tapi ni panjang sikit ..akak potong sikit lahh kasi cun2...


Krawang kiri dan kanan




closed up..hehee kak ani weiii ni laaa dia krawang comel tue...

K.ani..saya selak sikit biar cermin nampak ehhh ..akak nampakkan cermin dia tu panjang sikit kan ..

Thursday, May 28, 2009

Sugar Bowl n The Geng

Entry ptg ni bekas gula dan bekas susu yg pelbagai rupa dan gaya ..hee dari kiri england mari telah didecal kan kemudian dibakar ..cun kan....tengah mcm biasa laaa . apa cik mata cakap wild rose hemmm cantik bentuknya tuu..lain dari yg saya ada ...setelah penat kerja,, apa kata kita layannnn ratu susu dan ratu gula dulu jommmm

heeee ni pula kaum kerabat bekas gula pelbagai rupa dan gaya yg seksi .....

Bunga kembang pagi ke ni

adik2..kakak2 dan abang2 serta semua kaki antik apa khabar?? ..harap mood hari ini lebih ceria dari semalam ..pada geng2 semua jgn segan jgn malu jomlaa cuci mata di teratak buruk ku ini... N3 hari ini masih lagi bunga-bungan yg mana sama dengan yatt beli tu ..cuma body dia tinggi ala mcm body pramugari gitu....yg ini pun nak jual gak .kalu ada sesiapa yg suka leh ler bagitahu ....sedih tu mgn laaa tapi nak buat mcm mana tempat display dah tak muat huhuhuhu...apapun layannnn ....



Ni Bekas gula dia ...telinga dia besar kan..tapi cute ....

Tuesday, May 26, 2009

Roses 3 Sekawan

Hari ini tak ada apa yg saya nak cerita cuma nak share dgn anda semua bahawa roses ini juga keluaran zaman dulu2 ...warna sebegini juga jarang kelihatan ..buat masa ini hanya ada cawan dan piring je itupun 3 sekawan yang lain belum diketemui lagi ..apapun i luv it ... warna yang sangat lembut ...dan sejuk mata memandang ..................
ni cawan dia yang mukanya lebar dgn mulutnya yg agak besar heeee....

Bunga pada piring jelas kelihatan dan masih terang lagii.........

Monday, May 25, 2009

Pokok Gandum

gambar dekat
Small cup pokok gandum ..ehh betul ke nii. apapun tak kisah laa pokok apa pun yg penting Antik or Klasik kan!!!....ok ni set yang mula - mula aku nak berjinak- jinak dalam bidang antik.Set ni di beli dari kawan antik dgn harga yg palig murah ..leh caya tak? rasanya zaman skg mana ada mcm ni kan?..dah laa masa tu kami jumpa baru kali pertama lagi tak caya heeee.. org dah kasi murah tuu kita pun ngap terus laaa n sengeh sampai ke telinga.....nak tahu rega dia ekk heheehe RM 15.00 jee so enjoyyyyyyyy .

Sunday, May 24, 2009

Almari antik

Tasha,
ni la almari yang akak suruh intai2 tu, kalau ada rupa mcm ini call k.sue yee..untuk display pinggan lama ni mgn kena sesangat laaa ....ni almari yg ada kat rumah kawan fuhh jatuh cinta habisss n tangkap leleh laa tasha.....

kangkung utk dijual

ni kawan saya punya dia nak jual ...sesiapa yang berminat boleh call saya ....
Item :
piring kuih RM 6.00
Mug tutup : RM 25.00
Teko yg kecil tu RM 25.00
Teko besar tu RM 50.00.....


Makanan org dulu2

heeee dah masak....pucuk manis tak ada la pulak tapi tak apa , aku ganti dengan bayam hijau hisss boleh tahan laaa...kalu ada pucuk manis lagi umphhhh heeee ..tapi sayang hanya suami je yg makan ...aku hanya tengok jee, bila nak makan terinagtkan arwah yg dia memang suka sangat dgn cedawan ni...jadi biarlah suami aku je yg makan dan enjoy dgn makanan org dulu-dulu ni .....
ni rupa cendawan dari dekat original heeee...kalau tak silap rupa dia mcm yg ada jual kat pasar raya yang berwarna putih tueee tapi rasa dia tak sama ..dah tentu yg ni lagi sedap....

Balik dari niaga tadi ternampak pakcik yang niaga di Sungai Buluh jual cendawan busu nie ..aku pun belilah sekilo ..mak oii dah ada harga laa rm 7.00 sekilo tu kalahkan harga ayam nie..ingatkan pinggan lama je jadi harga ni cedawan pun boleh tahan jugak ekkk....., kalau org dulu-dulu mgn suka mkn cedawan ni terutama arwah ibu dan rasanya pun sedap .namun skg hanya kat kampung2 je yg ada itu pun nak kena rajin mencari ....cendawan ni tumbuh ditanah lembab ...hemmm kalau dulu arwah ibu selalu jumpa dalam kebun kelapa sawit mgn banyak terutama musim hujan diantara bulan mei -august ....nilah dia rupanya ...

Saturday, May 23, 2009

Pink rose


....closed up ..........

Pink rose jepun ...cantikkk sangat manakala warnanya pun lembut .......walaupun sudah berusia 30 tahun namun masih tiada kecacatan ...haii sesiapa yg dtg rumah aku ni mabuk bunga laa jwabnya ....tapi tak apa layan jelah ekk...........

Cerek/Kendi

salam,

Ada yg panggil cerek..ada yang pangil kendi....bagi aku lebih selesa panggil Kendi .....bekas basuh tangan dahulu jenis yg berliku dibahagian tangkai ni sukar utk kita mencari..dah pupus laa agaknya hehehe ..manakala rak yg kedua tu kendi mak mertua yg asalnya dah uzur dan dah dicampak kedalam stor lalu saya punggut dan make over...so, jadilah stelo melo heeeee...apa pun layannnn .........

Friday, May 22, 2009

Senduk Bunga Kangkung/Terung

Salam,
Since cik ayu dah ckp biji mata dia dah naik nanah so, apa kata saya tunjuk si kecil molek yg menjadi rebutan ramai nie..tak lain dan tak bukan sisenduk nasi bunga kangkung ni baru je dapat dikesan iaitu pada awal bulan lepas ...fuhhh bergitu sukar utk kita mencari sikecil molek kepelusuk dunia heee akhir sekali dapatlah bertemu dgn dia dalam keadaan yg masih jelita layannnn

Iklan : siapa yg berminat dengan senduk kangkung ni boleh ler bagitahu kat saya yee ... hanya ada beberapa btg je lagi ....

Wednesday, May 20, 2009

Enamelware

Salam,
ingat dihati tak nak muatkan produk ni kedalam blog...tapi tak sampai hati laaa dek seorang kawan ku ini ....maka hari ini, tertunailah permintaan dari sicomel ni yg inginkan produk ni di masukkan kedalam blog. so, hari ini selesailah t/jawab ku melaksanakan tugas post gambar dari koleksi pribadi produk dari enamelware yang terkenal dgn barangan yang murah...tetapi banyak kegunaan dan feadahnya .....

Set enamel ni, pada zaman dahulu sgt terkenal dikalangan masyarakat chinese terutama kole ...kalau anda orang klang sudah pasti anda biasa melihat di kedai2 atau restoran2 apek disekitar Pasar Besar Meru,Klang ... kebiasannya diguna untuk menghantar air minuman (teh/kopi ) kepada peniaga-peniaga di pasar tersebut ....

Boiler
ini juga terkenal dikalangan mereka iaitu untuk memasak soup , mereka lebih gemarkan cara ini jika berbanding dengan periuk ...ini di ceritakan sendiri oleh peniaga kepad saya ...

Periuk bertingkat
periuk bertingkat ini pula sangat terkenal dikelantan terutama bila majlis perkahwinan untuk kegunaan menyambut bakal bapa mertua/tetamu yg datang pada hari pernikahan.. ini diamalkan sendiri oleh keluarga saya semasa majlis perkahwinan dahulu, namum enamel ini sudah bertukar wajah dari kuning kepada silver yg mana bentuknya sangat ringan kebanyakan dari Thailand...Teko yang begitu unik ..dah berkarat tak nampak rupa tapi di cat semua maka jadi begini heee

ini juga dikatakan antik , tetapi antik dari LA bentuk dan rupa sangat berbeza dari negara kita Malaysia............... Yang sebelah kanan adalah jenis lampu tidur antik dari England tapi saya lupa dari skitar tahun yang keberapa......pinggan pokok kelapa juga sudah mengjakau usia 40 tahun lebih.......hee bekas susu dibeli dari kak sarah dan yg lain dari kaki antik Moy....
Bekas basuh tangan dari kak ani..double boiler hasil dari perjalan ku heeeeebekas bertutup dari kelantan masa balik kg...

Bamboo

Salam, sebelum jari jemariku menyentuh pen bagi memulakan kerja hari ini...apakata saya segarkan mata dgn pemandang pinggan lama bercorak buluh bagi meghiasi blog ku ini...pinggan ni dah lebih 30tahun tapi masih nampak warnanya terang ...manakala teko dan bekas susu tampak warna kehitaman ...apa2 pun saya suke memandangkan susah nak dapat heeee


Pada peminat barang lama nie, kalau boleh samak dahulu sebelum display atau utk digunakan....

apa yang saya buat :
pertama: saya rendam dgn clorox beberapa jam lamanya, sesudah itu dibilas
kedua : setelah dibilas/siram , saya cari tanah liat dan rendam lagi beberapa
jam it almost took i day...
ketiga : selepas selesai buat ni semua saya rendam dengan air panas atau suam
bagi mengekalkan ketahanan pinggan mangkuk tersebut......

tapi setengan org kata cukup dgn samak dan bilas air dari paip jee...apa2 pun terpulang pada individu itu sendiri ...

Tuesday, May 19, 2009

4 ROSES







Salam, Sesungguhnya hari ini, hari yang bertuah dan bermakna buat saya sehingga tak terucap dgn kata-kata ...apa tidaknya pencarian untuk bunga ini sudah berakhir dgn satu pangilan dari seorang teman datang ke tempat kerja dgn menunjukan this beauty roses is for youuuuuu........fuhhhh berpeluk erat tanda syukur kerna sudi mencari set ini setelah sekian lama menanti it almost a year....set ini ada 3 patern ..bentuk A, bulat dan lebar berkaki seperti gambar di atas....selama ini saya hanya ada teko..tekonya sahaja tetapi hari ini set roses ini sudah menghiasi rumah ku with a completed set dengan pinggannya yang cute serta corak berbiku-corak n bunganya yg terang.. .. ..very2 happy .. million thanks to my lovely fren.........even b 4 this dah ada , tapi cuma yang kecil sahaja ....so..happy viewing .............
~~~~~ooo Ya. kalau ada d antara teman-teman yang di luar sana nak set cawan berbentuk bulat sila call saya kerna cawan ini saya sudah ada ....~~~~~............offer dah habis...

Monday, May 18, 2009

Teko England

Salam, sudah sekian lama teko Enland ni berada dalam keadaan plainnn jeee ..so, semalam terdetik dihati nak cuba buat perubahan heee..........so, apa lagi cepat-cepat ambik decal yang sudah diguting sambil diperhati oleh suami terus mulakan projek mengubah suai si cantik manis ni......bila permulaan pertama menjadi maka langkah seterusnya bermula heeee...dan inilah hasilnya teko-teko Englad sudah ku Make Over..... heeee jahatnyaa dah tak nampak ori lagi kann ..tak laaa ... bentuk masih sama kan...tunggu ada masa nak p hantar kedai kawan n bakar supaya decal ni melekat n boleh di guna pakai. ..............bekas susu warna pink tu permberi dari seorang kawan heee terima kasihh kakak wa ingat sama lu heee....layannn

Sunday, May 17, 2009

Pelita Antik

Salam,

heee hari ini jumpa kawan antik yang baru first time jumpa ..kak ida dari kundang datang bertandang dicarboat sales ..suke laa jumpa kak ida ni walaupun baru first time jumpa tapi kami borak mcm dah lama kenal...

hee..selain dari hobi pinggan mangkuk pelita juga menjadi pilihan hati saya bagi menghias dinding dan juga sudut - sudut rumah....







ni pelita arwah emak ...dulunya karat tapi telah di make over jadi lah cunn....banyak simpan kenangn pahit dan manis semasa saya kecil2 dahulu .huhuhu tak boleh nak cerita nanti ku yang sedih ...cuma setiap kali pandang pelita ni maka wajah ibu mula bermain di benak fikiran ......



saya juga peminat warna maroon ....warnanya sama cuma yg berbeza adalah bentuk heee...

Pelita yg tinggi di beli dari sis hanim...klasik tuu..dan yang lain tu biasa laaa ada yg hop-hop dgn member2 yang minatnya sama dgn ku....dan juga beli dari kedai apek ......















Aladin, kiri dan kanan dari siapa lagi kalau bukan dari sis hanim..cantik dan cute ...yang lain hasil dari perjalanan merata tempat ..layan ekkk

Saturday, May 16, 2009

Roses Jepun

Hari ini jumpa amoyy yang juga antique collector dengan muka tak malu minta tempat gantung cawan ..sik baik dia kasi kalau tidak malunyaaa muka ni ...silap hari bulan tebal 10 inchi...stand mcm ni jarang jumpa tula buat ku sedikit gilozzzzz biasala lain dari yg lain ... kiri & kanan tu tempat letak piring.....dah berkarat, tapi tak apa kita boleh make over dgn color putihh lagi cun heeee kasi itu karat.hilang....terima kasih moyyy walaupun baru 2nd time kita jumpa tapi hati mu sungguh mulia ......



ni gambar fokus dari dekat....










hehehehe tak ku sangka pinggan yang aku simpan dalam kabinet rupanya bunga ini!!!! apa lagi senyum lebar lerrrr sampai ketelinga lagi tu ...bunga rose jepun....tapi sayang pinggan hanya ada 4 jee sedangkan cawan ni ada set untuk 8 orang ...maknanya tak balance llah yeee.......apa kata kalau saya hop-hop dgn kawan2 yang nak tambah koleksi dgn bunga ini ..cepat angkat tangan adik2,kakak adn abang2 ....tapi hanya 2 set je tauuu ..... teko dia tak ada tapi sik baik ada teko bunga seakan sama so kira match la kan.......



Display Cabinet

hemmmmmmmmm malas betul laa nak buat kerja hari ni...hari sabtupun kena kerja ..dah puas cakap dgn big boss tak payah la kerja hari sabtu buang karen jeee..tapi dia orang ni bagi seribu alasan ....hemm nak buat macam mana kita ni kerja dgn jepun .......mahun ke tak mahu ke ..terpaksa laa diteruskan...susah laa bangsa asing ni tak faham ......

untuk rasa hilangkan boring dihari sabtu baik ku upload gambar letakkan dalam blog ni ..ada gak faedahnya ...baik ku abdikan masa yg terluang ni bersama barang antik sekurang-kurangnya ada gak kenangan untuk anak-anak dan family ku...takala mereka ingin melihat nanti.....

Dek kerana terlalu sayangkan khazanah lama ni..aku rela mengimpot display cabinet dari Pakistan dgn alasan supaya dia nampak lagi antik dan kemelayuan ...memang betul kata orang kalau dah terlalu sayangan sesuatu benda tu kita rela berhabis asalkan kita puas..puas dengan hobi yang kita suka ..........






Yellow roses




yang ini beli dari kat sarah..terima kasih kak sarah ..munge dia cantik sangat ..saya suka roses dua kuntum ni very sweet with pink color maaaa.....tapi sayang piring tak jumpa lagi buat masa ini...hemmmmmm kalau dapat semua set inikan mau ku melompat ni...ni pun munge lama juga ...walaupun sudah dimamah usia namun ia tetap jelita ..........





hemmmmmm yg ini cantik sangat , kalau tak silap cik mat ada pinggan munge nie...teratakantik ada set cawan tanpa teko ..yatt, kalau tak silap ada semua set ...tak dinafikan bunga dia cantik sangat nampak pun idupp.....nak buat minum pun tak boleh sebabnya teko tak ada sudah ku usha utk dapatkan sikuning tapi belum ada rezeki nak jumpa.....so, saya letakkan dia sebagai teman dinding hehehee........

Friday, May 15, 2009

English decor




































Salam,
Tak lupa saya pada peminat2 english yg tengah hangat mcm pisang goring ...termasuk lahh diri ini yang tak boleh lari dari arus perkembangan moden,... heeee hebat-hebat penangan english ini hingga kan buat kita teruja dan kadangkala tu buat kita gila dgn hisan2 yang dijual kat luar sana tu...apa tidaknya..semuanya cantikkk di mata .......heee kalau tak ikut perkembangan takut pula di katakan kuno tak ikut arus masa .... jadi, malam ini saya nak berkongsi pula pasal minat saya menghias rumah ala-ala english english versi malaysia katakan.....ni set english yg sempat di share bersama kawan2 yg hobi nya sama dengan kuu...ku masukkan unsur antik dan english ..hemmmmmm kena ajeee
ni set minum dan makan heee ni cuma tunjuk teaset jelah..khas untuk tetamu dan family yang daatang bertandang ke teratakantik versi moden ..jommmm jamu mata lagi yoo........