Wednesday, May 20, 2009

Enamelware

Salam,
ingat dihati tak nak muatkan produk ni kedalam blog...tapi tak sampai hati laaa dek seorang kawan ku ini ....maka hari ini, tertunailah permintaan dari sicomel ni yg inginkan produk ni di masukkan kedalam blog. so, hari ini selesailah t/jawab ku melaksanakan tugas post gambar dari koleksi pribadi produk dari enamelware yang terkenal dgn barangan yang murah...tetapi banyak kegunaan dan feadahnya .....

Set enamel ni, pada zaman dahulu sgt terkenal dikalangan masyarakat chinese terutama kole ...kalau anda orang klang sudah pasti anda biasa melihat di kedai2 atau restoran2 apek disekitar Pasar Besar Meru,Klang ... kebiasannya diguna untuk menghantar air minuman (teh/kopi ) kepada peniaga-peniaga di pasar tersebut ....

Boiler
ini juga terkenal dikalangan mereka iaitu untuk memasak soup , mereka lebih gemarkan cara ini jika berbanding dengan periuk ...ini di ceritakan sendiri oleh peniaga kepad saya ...

Periuk bertingkat
periuk bertingkat ini pula sangat terkenal dikelantan terutama bila majlis perkahwinan untuk kegunaan menyambut bakal bapa mertua/tetamu yg datang pada hari pernikahan.. ini diamalkan sendiri oleh keluarga saya semasa majlis perkahwinan dahulu, namum enamel ini sudah bertukar wajah dari kuning kepada silver yg mana bentuknya sangat ringan kebanyakan dari Thailand...Teko yang begitu unik ..dah berkarat tak nampak rupa tapi di cat semua maka jadi begini heee

ini juga dikatakan antik , tetapi antik dari LA bentuk dan rupa sangat berbeza dari negara kita Malaysia............... Yang sebelah kanan adalah jenis lampu tidur antik dari England tapi saya lupa dari skitar tahun yang keberapa......pinggan pokok kelapa juga sudah mengjakau usia 40 tahun lebih.......hee bekas susu dibeli dari kak sarah dan yg lain dari kaki antik Moy....
Bekas basuh tangan dari kak ani..double boiler hasil dari perjalan ku heeeeebekas bertutup dari kelantan masa balik kg...

9 comments:

englishvintages said...

hai sue, banyak nya enamel u... suker i tgk...

Teratakantik said...

hai..terima kasih..malu heee..koleksi ciput-ciput saja nak segarkan ingatan masa susah2 dulu heeee

~Yatt~ said...

wow k.sue!!!..im wordless...chantique!!!

aj said...

hi sue..betui kata asben tu..da x de tpt dah tue..berhimpit2...tp apapun ianya satu kepuasan kat kita collector nih..tempat tu blakang kira...

Liza said...

Salam sue.. banyaknyer koleksi enamel tu...cantik...

rossana said...

sue...byknya koleksi....tk jemu tgk...mgkuk tkt yg guna masa kenduri dulu2 org kg paggil lonjak dok?

Teratakantik said...

heee kak akmal betul latu orghe klete kata lonjok heeee

D'Rimba said...

Saya suka gambar di bawah tu pinggan corak daun buluh macam Jepun. hehehe....Jemput ke blog saya juga ya sayapun ada koleksi hiasan dalaman. Sudikanlah jadi pengikut. Terima kasih.

Teratakantik said...

Salam Drimba

Terima kasih sudi masuk menjadi tetamu hamba dan terima kasih menjemput hamba heeheeee